Apa yang menarik di Gopeng?

Posted

Gopeng di Negeri Perak, Ianya bandar yang kecil terletak di Kampar dan jika nak tahu di Gopeng ni terlalu banyak tempat yang menarik! bukan saja tempat tetapi pelbagai aktiviti yang menarik, pemandangan yang cukup indah, udara yang begitu segar, nyaman dan bersih!

Bila melancong ke Negeri Perak, Gopeng adalah salah satu destinasi wajib yang perlu anda kunjungi!

Dibingkaikan oleh tebing batu kapur yang berdiri megah, sungai dan gua yang cantik. Gopeng adalah tempat yang sangat sesuai kepada penggemar dalam aktiviti riadah, sukan, lasak, mendaki, berenang, merakit, aktiviti air dan banyak lagi! Jom kita tonton sedutan video penerangan dari salah seorang Pengusaha Homestay Perak juga merangkap Pengerusi Homestay Perak.