BUKIT BATU PUTIH GOPENG

Posted

Bukit Batu Putih Gopeng adalah diantara tempat menarik yang wajib kepada pelancong yang bercuti di Gopeng, Perak.

Ketinggian Bukit Batu Putih Gopeng adalah setinggi 285 meter dari aras laut. Ianya sangat sesuai untuk peminat dalam aktiviti hiking dan pendakian. Dengan ketinggian yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah sesuai sangat untuk umur seawal 8 tahun sehingga dewasa.

Pendakian yang paling sesuai adalah seawal 5.30 pagi kerana setiba sahaja dikemuncak matahari mula terbit dan disinilah saat yang paling indah dan menarik untuk dirakamkan.

Pemandangan yang menanti dikemuncak sangatlah berbaloi! keindahan, kehijauan flora dan fauna dengan pemandangan Yang cukup indah sudah pasti akan menyimpan seribu kenangan! Diantara waktu yang digemari pendaki adalah ketika waktu sunset dan sunrises!

Lokasi yang berdekatan dengan Kampung Pintu Padang dan tempoh pendakian dari aras bawah hingga ke kemuncak antara 30 minit ke 2 jam berdasar pengalaman seseorang.

Bukit Batu Putih terletak berhampiran Kampung Pintu Padang Gopeng, juga terdapat ruang parkir kereta, bilir air dan surau, dewan makan dan kawasan lapang, katering dan pelbagai lagi. Untuk Sebarang pertanyaan boleh juga hubungi Arena Makjang 012-5060700